Resipi

Nasi Goreng Kerabu

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 4 cawan nasi sejuk (Diperoi)
  • 12 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 100 g udang kering
  • 100 g udang (Dibuang kulit)
  • 100 g sotong (Dipotong kecil)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Ulam)

*Dihiris

  • 2 batang serai
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 5 batang kacang botor
  • 100 g kacang panjang

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan udang, sotong, dan nasi. Kacau supaya rata.
  3. Padamkan api. Masukkan bahan B dan garam. Gaukan rata.
  4. Hidangkan bersama timun dan keropok.