Resipi

Nasi Goreng Kampung

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 4 cawan nasi sejuk (Diperoi)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 6 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 1 cawan ikan bilis
  • 1 inci belacan
  • 100 g udang (Dibuang kulit)
  • 100 g sotong (Dipotong kecil)
  • 100 g isi ayam (Dihiris nipis)
  • 2 biji telur ayam (Dipukul sedikit)
  • 200 g kangkung (Diasingkan daun dan batang)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang, sotong, dan isi ayam.
  2. Masukkan nasi, kangkung, dan garam. Kacau rata.
  3. Masukkan telur dan biarkan keras sedikit baru digaulkan dengan nasi dan kangkung. Kacau sehingga masak
  4. Hidangkan bersama keropok dan timun.