Resipi

Nasi Goreng Kailan Ikan Masin

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 4 cawan nasi sejuk (Diperoi)
  • 100 g kailan (Dipotong kecil)
  • 1 keping ikan tenggiri masin
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji cili api
  • Sedikit belacan
  • Sedikit ikan bilis
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam (Sekiranya perlu)

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak dan gorengkan ikan masin. Ketepikan di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Peroikan ikan masin dan kacau rata.
  3. Masukkan nasi, kailan dan sos ikan. Gaul rata.
  4. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
  5. Taburkan daun bawang dan hidangkan bersama keropok.