Resipi

Nasi Goreng Bunga Kantan

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 3 cawan nasi putih (Diperoi)
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ sudu teh belacan
  • 10 ekor udang segar
  • ½ batang lobak merah (Dihiris kasar)
  • 5 kacang panjang (Dipotong kecil)
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Belah dua bunga kantan dan hiris halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  3. Masuk udang, lobak merah, dan garam. Kacau rata sehingga masak.
  4. Masukkan nasi putih dan kacang panjang. Kacau rata lagi.
  5. Tutup api dan taburkan bunga kantan. Sedia dihidangkan.