Resipi

Nasi Daging

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 kg daging (Dipotong 4 inci)
  • 3 inci halia
  • 6 cawan beras basmati
  • 3 sudu makan rempah kurma
  • 7 cawan air rebusan daging
  • 3 biji tomato (Dicencang)
  • ½ cawan susu cair
  • 5 helai daun pandan (Disimpul)
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan kismis
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan)

  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Memasak

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan.
  2. Rebus daging dengan halia sehingga lembut. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak sapi di dalam kuali non stick. Kemudian tumis bahan B.
  4. Masukkan rempah kurma dan kacau sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan air rebusan daging, tomato, susu cair, dan daging. Masak sehingga mendidih.
  6. Masukkan daun pandan, garam, gula, beras dan kismis.
  7. Pindahkan ke dalam periuk nasi elektrik dan biarkan nasi masak seperti biasa.
  8. Hidangkan bersama dalca sayuran dan air asam.