Resipi

Nasi Beriani Ikan

  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 3 cawan beras basmati
  • 3 keping (500 g) ikan tenggiri
  • 2 sudu makan rempah beriani
  • 4 cawan air
  • ½ cawan susu cair
  • ½ cawan gajus goreng
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • Garam secukup rasa

Bahan B

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai (Diketuk)
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 tangkai daun kari

Cara Memasak

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan.
  2. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Masukkan rempah beriani dan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan susu cair.
  4. Masukkan ikan dan garam. Kacau perlahan-lahan. Biarkan 5-6 minit sehingga ikan masak. Keluarkan ikan dan ketepikan
  5. Masukkan beras dan air. Masakkan sehingga nasi kering.
  6. Masukkan ikan semula dan masakkan lagi selama 4-5 minit.
  7. Taburkan gajus goreng dan hidangkan.