Resipi

Mufin Coklat Cip

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 25 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 3 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1/2 cawan serbuk koko (diayak)
  • 1 sudu makan baking powder(diayak)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (diayak)
  • 2 cawan gula perang
  • Coklat cip secukupnya
  • Acuan kertas mufin secukupnya

Bahan B

  • 1 cawan mentega (cairkan)
  • 2 cawan susu segar
  • 2 biji telur (dipukul sedikit)
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara Memasak

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 190°C api atas dan bawah selama 10-15 minit.
  2. Susun kertas mufin ke dalam mangkuk mufin ataupun loyang mufin.
  3. Masukkan bahan yang diayak, gula perang, dan coklat cip ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  4. Gaul semua bahan B di dalam mangkuk kecil.
  5. Masukkan bahan B ke dalam mangkuk bahan A. Kacau rata menggunakan whisk ataupun senduk kayu.
  6. Masukkan ke dalam kertas mufin sehingga 3/4 acuan kertas mufin.
  7. Bakar di dalam ketuhar selama 20-25 minit ataupun sehingga masak.
  8. Sejukkan dan hidangkan.