Resipi

Mihun Tomyam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 paket mihun (Direndam dan tuskan)
  • 1 biji bawang merah (Dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (Diketuk)
  • 100 g bunga kubis (Dipotong kecil)
  • 2 biji tomato (Dibelah 6)
  • 1 pokok daun ketumbar (Dihiris)
  • 2 biji limau nipis (Diambil jusnya)
  • 3 sudu makan minyak masak

Bahan B ( Kuah)

  • 500 g ayam (Dipotong kecil)
  • 1 batang lobak merah(Dipotong pendek)
  • 2 batang serai (Diketuk)
  • 8 biji cili api (Diketuk)
  • 2 kiub pes tomyam
  • 3 helai daun limau purut(Dikoyakkan)
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga layu.
  2. Masukkan semua bahan B dan tuangkan air secukupnya. Masakkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan bunga kubis dan tomato. Biarkan mendidih dan tutup api.
  4. Ambil sedikit mihun dan masukkan ke dalam pinggan.
  5. Tuangkan kuah tomyam dan hiaskan dengan daun ketumbar dan limau nipis.