Resipi

Mihun Sup Utara

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 paket mihun
  • 2 sudu makan serbuk kunyit * Direndam bersama beberapa jam dan tuskan

Bahan B ( Kuah)

  • 500 g daging berlemak muda (Dihiris tebal)
  • 500 g tulang lembu
  • 1 bunjut rempah sup bunjut
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu makan lada hitam (Ditumbuk kasar)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan C (Hiasan)

  • 2 pokok daun sup
  • 2 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah
  • 100 g bawang goreng
  • 3 biji limau kesturi (Dibelah 2)

Bahan D (Sambal Merah)

  • 15 tangkai cili kering
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar (Dimayang)
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan cuka
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

Kuah

  1. Rebuskan semua bahan B sehingga daging betul-betul lembut.
  2. Apabila sudah lembut, hiris daging nipis.
  3. Celurkan mihun supaya lembut kemudian tuskan.
  4. Masukkan mihun dan daging serta bahan C di dalam mangkuk dan letakkan kuah. Hidangkan bersama sambal merah.

Sambal Merah

  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan bawang besar, sos tomato, dan sos cili. Kemudian kacau rata sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan cuka, garam, dan gula. Masakkan sehingga pekat.