Resipi

Mihun Sup Ayam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 paket mihun (Dicelur dan tuskan)
  • 200 g ayam (Dipotong kecil)
  • 1 batang lobak merah (Dihiris nipis)
  • 100 g kubis (Dihiris)
  • 2 liter air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 2 sudu makan minyak
  • 50 g bawang goreng
  • 1 pokok daun sup
  • 1 pokok daun bawang
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan)

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan lobak merah. Kacau rata.
  3. Masukkan kubis, air, garam dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  4. Apabila mendidih tuangkan ke dalam mangkuk mihun.
  5. Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
  6. Sedia dihidangkan bersama kicap cili pedas.