Resipi

Mihun Singapura

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 paket mihun (Direndam dan tuskan)
  • 2 sudu makan lada hitam
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 200 g udang
  • 200 g sotong (Dihiris)
  • 1 pokok sawi (Dipotong pendek)
  • 250 g kubis (Diracik halus)
  • 1 batang lobak merah (Diparut)
  • ½ cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan sotong. Kemudian kacau rata.
  3. Apabila sudah masak, masukkan mihun, sawi, kubis, lobak merah, garam, dan air. Kemudian kacau rata.
  4. Gaulkan rata sehingga mihun lembut.
  5. Apabila menghidang, taburkan hirisan daun sup dan cili merah.