Resipi

Mihun Goreng Cili Api

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 paket mihun (Direndam dan tuskan)
  • 20 biji cili api
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan udang kering
  • 200 g sotong (Dihiris)
  • 100 g udang
  • ½ cawan air
  • 200 g kubis (Diracik)
  • 1 batang lobak merah(Dihiris halus)
  • 200 g sawi (Dipotong pendek)
  • 2 keping tauhu goreng (Dihiris nipis)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
  2. Masukkan sotong dan udang. Kacau rata.
  3. Apabila sotong dan udang masak, masukkan garam dan air. Kacau rata.
  4. Masukkan kubis, lobak merah, sawi dan mihun. Kacau rata sehingga sebati.
  5. Gaulkan rata sehingga mihun lembut.
  6. Semasa menghidang, taburkan tauhu, hirisan daun bawang dan cili merah.