Resipi

Mi Udang

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 paket mi kuning (Dicelur dan tuskan)
  • 15 tangkai cili kering
  • 50 g udang kering
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 liter stok udang (Air rebusan kepala dan kulit udang)
  • 500 g udang
  • 3 biji tomato
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Hiasan)

  • 1 cawan tauge (Dibuang akar)
  • 3 biji telur rebus (Dibelah 2)
  • 1 ikat kangkung (Direbus dan tuskan)
  • 3 biji cili merah (Dihiris)
  • Sedikit bawang goreng

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
  2. Masukkan air rebusan udang dan masakkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan udang, tomato, dan garam. Biarkan mendidih lagi.
  4. Hidangkan bersama mi dan bahan B.