Resipi

Mi Soto

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 paket mi kuning (Dicelur dan tuskan)
  • 1 cawan tauge (Dibuang akarnya)
  • 1 pokok daun sup
  • 1 pokok daun bawang
  • Sedikit bawang goreng

Bahan B (kuah)

  • 500 g dada ayam
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai (Diketuk)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 7 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Masukkan semua bahan B ke dalam periuk dan masakkan sehingga ayam lembut.
  2. Keluarkan ayam dan koyakkan isi ayam.
  3. Masukkan mi, isi ayam yang dikoyakkan tadi, tauge, daun sup dan daun bawang ke dalam mangkuk. Tuangkan sup.
  4. Hidangkan bersama bawang goreng dan sambal kicap pedas.