Resipi

Mi Padprik

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 paket mi kuning
  • 3 ulas bawang putih (Diketuk)
  • 1 biji bawang merah (Dihiris)
  • 300 g isi ayam
  • 100 g udang
  • 100 g sotong (Dihiris)
  • 1 batang lobak merah
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 5 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 kiub tomyam
  • 1 cawan air
  • 5 helai daun limau purut
  • 100 g bunga kubis
  • 50 g kacang sepat hijau
  • 1 labu bawang besar (Dibelah 6)
  • 1 biji tomato
  • 3 sudu makan minyak masak

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam, udang, dan sotong. Kemudian kacau rata.
  3. Masukkan lobak merah, kicap pekat, sos tomato, sos cili, sos tiram, kiub tomyam, dan air. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan mi, daun limau purut dan sayur-sayur lain. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  5. Sedia dihidangkan.