Resipi

Mi Lidi Goreng

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 paket mi lidi
  • 5 biji cili merah
  • 4 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan udang kering (Ditumbuk)
  • 300 g isi ayam (Dihiris kecil)
  • 150 g udang segar (Dibuang kepala)
  • 2 pokok sawi (Dipotong)
  • 1 batang lobak merah (Diparut)
  • 200 g kubis (Dihiris)
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Didihkan air dan masukkan mi lidi. Rebuskan sehingga lembut dan tuskan.
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar dan udang kering sehingga wangi.
  3. Masukkan ayam, udang, dan garam. Kacau rata.
  4. Masukkan mi lidi, sawi, lobak merah, kubis, dan kicap manis.
  5. Kacau rata dan hidangkan.