Resipi

Mi Kari

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A (kuah)

  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 3 sudu makan rempah kari (Dibancuh dengan sedikit air asam jawa)
  • ½ kg ayam (Dipotong kecil)
  • 1 keping kek ikan (Dihiris nipis)
  • 100 g bebola ayam
  • 200 g udang
  • 5 cawan santan
  • 3 sudu minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B

  • 1 paket mi kuning (Dicelur dan tuskan)
  • 1 cawan tauge (Dibuang akar)
  • Sedikit bawang goreng
  • 2 keping tauhu goreng
  • 2 tangkai daun bawang
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 biji cili merah
  • 3 biji limau kesturi

Cara Memasak

  1. Bagi membuat kuah, tumiskan bahan yang dikisar dan cili kisar sehingga wangi. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, kek ikan, bebola ayam, udang, garam, dan santan. Masakkan sehingga mendidih.
  3. Hidangkan bersama bahan B.