Resipi

Mi Jawa

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A (kuah)

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 3 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • ½ cawan udang kering
  • 3 sudu makan serbuk kari daging
  • 2 sudu makan cili kisar
  • ½ kg keledek (Direbus dan dikisar)
  • Air rebusan daging secukupnya
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Bahan B

  • 1 paket mi kuning (Dicelur)
  • ½ kg daging (Direbus)
  • 1 cawan tauge (Dibuang akar)
  • 2 tangkai daun bawang
  • 5 biji cili merah
  • 3 keping tauhu goreng (Dihiris nipis)
  • 3 biji telur rebus (Dipotong 2)
  • 3 biji limau nipis (Dipotong kecil)
  • Sedikit bawang goreng

Cara Memasak

  1. Rebuskan daging dengan sedikit halia dan garam sehingga lembut. Hiriskan nipis.
  2. Bagi membuat kuah, panaskan minyak masak di dalam periuk. Kemudian tumiskan bahan yang dikisar, serbuk kari dan cili kisar sehingga garing.
  3. Masukkan keledek kemudian tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang dimahukan.
  4. Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Biarkan hingga kuah mendidih dan pekat.
  5. Angkat dan hidangkan bersama bahan B.