Resipi

Mi Goreng Mamak

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 paket mi kuning
  • 1 labu bawang besar (Dicencang halus)
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu teh rempah kari
  • 100 g daging (Dihiris nipis)
  • 2 keping kek ikan (Dihiris nipis)
  • 100 g bebola ikan (Dibelah 2)
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 1 cawan tauge (Dibuang akar)
  • 1 pokok sawi (Dipotong kecil)
  • 3 biji telur ayam
  • ½ cawan air
  • 3 biji cili hijau (Dihiris nipis)
  • 2 sudu minyak masak

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang besar, cili kisar, dan rempah kari sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan air. Masakkan sehingga daging lembut dan air kering.
  3. Masukkan kek ikan dan bebola ikan. Biarkan sebentar.
  4. Masukkan kicap pekat dan mi. Kemudian kacau rata. Masukkan tauge dan sawi.
  5. Ketepikan mi dan pecahkan telur di tengah-tengah kuali. Biarkan telur itu masak sedikit, barulah dikacau dan digaul rata.
  6. Masakkan sehingga mi sedikit kering.