Resipi

Mi Calung

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 paket mi kuning (Dicelur)
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 liter air
  • 1 rangka ayam (Dipotong kecil)
  • 1 batang lobak merah (Dipotong kecil)
  • 3 pokok sawi (Dipotong pendek)
  • 1 pokok daun sup
  • 3 biji cili merah
  • Sedikit bawang goreng
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B (calung)

  • ½ cawan isi ikan tenggiri ataupun ikan selayang (Ditumbuk hancur)
  • 1 sudu teh lada hitam (Ditumbuk)
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam secukup rasa

Bahan C ( Sos kicap pedas)

  • 15 biji cili api
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan kicap cair

Cara Memasak

  1. Bagi membuat calong gaulkan semua bahan B. Buatkan bebola kecil kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A yang ditumbuk sehingga wangi.
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam dan rangka ayam. Masakkan sehingga mendidih.
  5. Apabila mendidih, asingkan rangka ayam tadi dan masukkan calong yang sudah dibuat bebola kecil tadi.
  6. Masukkan lobak merah dan biarkan mendidih perlahan-lahan. Masukkan sawi dan kacau rata.
  7. Apabila mendidih, tuangkan bahan sup ke atas mi.
  8. Taburkan daun sup, cili merah, dan bawang goreng. Hidangkan bersama sos kicap pedas.