Resipi

Masak Lemak Tauhu & Kucai

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 4 keping tauhu (Dipotong kecil)
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 3 tangkai daun kucai (Dipotong pendek)
  • 2 biji cili merah
  • 1 labu bawang holland
  • 2 sudu makan udang kering
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Masukkan semua bahan kecuali santan dan serbuk kunyit ke dalam periuk.
  2. Masakkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan dan serbuk kunyit.
  4. Kacau perlahan sehingga mendidih lagi
  5. Sedia dihidangkan.