Resipi

Masak Lemak Sayur Campur

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 batang lobak merah
  • 5 batang kacang panjang
  • 3 pokok sawi
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji cili merah
  • 1 cawan air
  • 1 sudu makan udang kering
  • 2 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong semua sayur mengikut kesesuaian. Basuh dan tuskan.
  2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan pekat dan sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak.
  4. Apabila mendidih, tutup api dan hidangkan.