Resipi

Masak Lemak Cili Api Tauhu

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 4 keping tauhu (Dibelah 2)
  • 15 biji cili api
  • 5 biji bawang merah
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 batang serai (Diketuk)
  • 200 g kangkung
  • 2 cawan santan
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Masukkan bahan yang dikisar, tauhu, serbuk kunyit, serai, dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan kangkung dan santan. Masakkan sehingga mendidih dan kangkung layu.
  3. Sedia dihidangkan.