Resipi

Lemak Cili Api Ikan & Bunga Kantan

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 3 ekor ikan tilapia saiz sederhana
  • 2 kuntum bunga kantan (Dibelah 2)
  • 15 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Basuh ikan kemudian tuskan. Kelar kedua-dua bahagian ikan.
  2. Masukkan semua bahan kecuali ikan dan santan pekat ke dalam periuk.
  3. Apabila nampak mendidih masukkan ikan dan santan pekat.
  4. Kacau lagi perlahan-lahan sehingga mendidih.
  5. Tutup api dan hidangkan.