Resipi

Lala Goreng

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 kg lala
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 5 sudu makan sos cili
  • 2 tangkai daun sup (Dihiris)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Rendamkan lala di dalam air sebentar. Basuh kemudian tuskan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, garam, dan lala. Kacau rata.
  4. Tutup dengan penutup kuali dan biarkan sebentar.
  5. Taburkan daun sup dan kacau rata. Hidangkan.