Resipi

Kurma Ayam

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 ekor ayam (Dipotong kecil)
  • 5 sudu makan rempah kurma (Dibancuh dengan 5 sudu makan air)
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 biji kentang (Dibelah 4)
  • 1 biji limau nipis (Diambil jusnya)
  • 2 biji cili hijau (Dibelah 2)
  • 1 labu bawang besar (Dibelah 4)
  • 1 biji tomato (Dibelah 4)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan)

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah kurma dan kacau rata sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan kacau rata lagi. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan sehingga mendidih dan pekat.
  5. Masukkan garam dan jus limau. Perlahankan api.
  6. Masukkan cili hijau, bawang besar, dan tomato. Biarkan sehingga pekat.
  7. Sedia dihidangkan bersama nasi ataupun roti.