Resipi

Kupang Lemak Cili Api

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 kg kupang (Berkulit)
  • 15 biji cili api
  • 5 biji bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 cawan air
  • 2 batang serai (Diketuk)
  • ½ biji nanas (Dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Masukkan semua bahan kecuali santan ke dalam periuk.
  2. Masakkan sehingga mendidih dan nanas lembut.
  3. Masukkan santan pekat dan kacau lagi perlahan-lahan supaya tidak pecah minyak.
  4. Masakkan sehingga mendidih sekali lagi.
  5. Tutup api dan hidangkan.