Resipi

Kupang Goreng

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g isi kupang
  • 3 biji cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 200 g kacang buncis(Dipotong pendek)
  • 1 biji capsicum hijau (Dihiris)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Basuh isi kupang kemudian tuskan.
  2. Gaul isi kupang dengan serbuk kunyit. Gaul sehingga rata.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris.
  4. Masukkan kupang, kacang buncis, capsicum hijau, dan garam.
  5. Kacau rata kemudian biar masak seketika.
  6. Sedia dihidangkan.