Resipi

Kuetiau Ladna

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 paket kuetiau
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 100 g isi ayam
  • 100 g ekor sotong
  • 100 g udang (Dibuang kepala)
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 batang lobak merah
  • 50 g kubis
  • 3 biji cili merah
  • 1 biji telur
  • 50 g kacang pis
  • 1 biji capsicum hijau (Dihiris kasar)
  • 3 tangkai daun sup (Diracik)
  • 1 biji tomato (Dihiris)
  • 2 sudu makan minyak masak

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam, sotong, dan udang. Kacau rata.
  3. Masukkan air, sos tiram, sos tomato, lada hitam, dan lobak merah.
  4. Apabila mendidih masukkan telur dan kacau supaya hancur.
  5. Masukkan kuetiau dan sayur. Kacau rata.
  6. Apabila sayur sudah layu hidangkan di dalam pinggan hidang dan taburkan daun sup serta hirisan tomato.