Resipi

KokteL Udang

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 400 g udang bersaiz besar(Dibersihkan dan dibuang kulit)
  • ½ biji salad bulat (Dihiris kasar)
  • 1 batang timun (Dihiris nipis)
  • 1 biji limau nipis (Dibelah 2)

Bahan B(sos)

  • 3 sudu makan mayones
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 biji lemon (Diambil perahannya)

Cara Memasak

  1. Rebus udang selama 3-4 minit.
  2. Angkat udang dan tuskan.Ketepikan.
  3. Bagi membuat sos, masukkan semua bahan B di dalam mangkuk kecil. Kacau rata.
  4. Susun hirisan daun salad dan timun di dalam mangkuk kemudian letakkan udang di atasnya.
  5. Tuangkan sos dan perahkan sedikit limau nipis. Hidangkan.