Resipi

Ketam Masak Lemak Cili Api

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 kg ketam (Dibersihkan)
  • 15 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 1 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 cawan air
  • 2 biji mangga muda(Dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 helai daun kunyit (Dihiris)
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Masukkan bahan yang dikisar,ketam, mangga, dan garam ke dalam periuk.
  2. Masakkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan pekat dan daun kunyit. Kacau sehingga mendidih lagi.
  4. Rasakan garam dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.