Resipi

Ketam Masak Cili

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 2 ekor ketam besar (Dibersihkan)
  • 2 labu bawang besar
  • 15 biji cili api
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu cuka makan
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • ½ cawan air
  • 1 biji telur (Dipukul)
  • 1 pokok daun ketumbar (Diracik)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dicencang dan cili kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan sos tomato, kicap cair, cuka dan ketam. Kacau rata sehingga nampak ketam berubah warna.
  3. Masukkan bancuhan tepung jagung, telur dan garam. Kacau rata lagi sehingga kuah ketam pekat.
  4. Masukkan ke dalam pinggan hidang dan taburkan daun ketumbar.