Resipi

Kerutuk Ayam

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam (Dipotong kecil)
  • 2 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah(Digoreng)
  • 4 sudu makan rempah kerutuk
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan gula merah
  • 2 cawan santan
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing.
  2. Masukkan rempah kerutuk kemudian kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan ayam, kerisik, garam,gula merah, dan santan. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Pastikan kacau sekali-sekala.
  5. Apabila sudah pekat dan ayam menjadi lembut, tutup api dan angkat.
  6. Hidangkan bersama nasi ataupun roti.