Resipi

Kerang Masak Kicap

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g isi kerang
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 5 sudu makan kicap manis
  • 1 labu bawang besar (Dimayang kasar)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam (Sekiranya perlu)
  • Daun bawang(Dipotong pendek sebagai hiasan)

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.
  2. Masukkan kerang, sos tomato, kicap manis, dan bawang besar. Kacau rata.
  3. Tutup api dan masukkan ke dalam pinggan hidang.
  4. Taburkan daun bawang dan hidangkan.