Resipi

Kerang Goreng Pedas

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g isi kerang
  • 10 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar(Dipotong gelang)
  • 3 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
  2. Masukkan kerang, bawang besar, dan garam. Kacau sebati dan masakkan sehingga mendidih.
  3. Tutup api kemudian masukkan perahan limau kesturi.
  4. Sedia dihidangkan.