Resipi

Kerabu Tomato

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 kuntum bunga kantan
  • 4 biji buah tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 200 g udang segar
  • 3 biji limau kesturi (Diambil jus)
  • ½ sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Belah dua bunga kantan dan hiris halus.
  2. Hiris kecil tomato, bawang besar,cili api, cili merah, dan cili hijau.
  3. Buangkan kulit udang kemudianmasakkan dengan sedikit air.Angkat dan tuskan.
  4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
  5. Sedia dihidangkan.