Resipi

Kerabu Telur

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 6 biji telur rebus
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 5 tangkai daun selom
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili api (Dicencang)
  • 4 biji limau kesturi (Diambil jusnya)
  • ½ sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Kupas telur rebus kemudian asingkan kuningnya. Hiris kasar bahagian telur putih.
  2. Belah dua bunga kantan dan hiris halus.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
  4. Sedia dihidangkan.