Resipi

Kerabu Sotong Bakar

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 4 ekor sotong saiz sederhana(Dibuang kulit)
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 2 biji cili merah
  • 4 biji cili api
  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu makan sos cili thai
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 2 tangkai daun bawang (Dihiris)
  • 4 biji limau kesturi (Diambil jusnya)
  • ½ sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Kelar sotong sedikit dan gaulkan dengan serbuk kunyit, cili kisar, dan garam.
  2. Bakar sotong sehingga masak. Hiris kasar. Ketepikan.
  3. Belah dua bunga kantan dan hiris halus.
  4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Gaul dengan perlahan supaya sebati.