Resipi

Kerabu Perut

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 300 g perut lembu
  • 2 batang serai (Dititik)
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 biji mangga muda
  • 2 biji limau nipis (Diambil jusnya)
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 labu bawang besar
  • 2 kuntum bunga kantan
  • ½ sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Bahan B (dikisar kasar)

  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 3 biji bawang merah

Cara Memasak

  1. Rebus perut dengan serai, asam gelugur dan garam sehingga lembut. Tuskan dan hiriskan nipis.
  2. Kupas kulit mangga dan sagat kasar.
  3. Masukkan jus limau nipis, sos ikan, gula, garam dan bahan B ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
  4. Masukkan perut, bahan yang dihiris dan mangga ke dalam bancuhan tadi.
  5. Kacau rata dan sedia dihidangkan