Resipi

Kerabu Mihun

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 400 g bihun(Direndam selama 30 minit)
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • 3 biji limau kesturi (Diambil jusnya)
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 3 biji bawang merah
  • 3 batang serai
  • 5 tangkai daun kesum
  • 1 pokok daun ketumbar(Diracik)
  • 1 batang timun (Disagat kasar)
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan air kemudian celurkan bihun sehingga lembut. Tuskan.
  2. Goreng udang kering tanpa minyak kemudian tumbuk halus.
  3. Belah dua bunga kantan dan hiris halus.
  4. Masukkan bunga kantan, bahan yang dikisar, pes tomyam, jus limau kesturi, sos ikan, bahan yang dihiris, timun, garam, dan udang kering dalam mangkuk. Gaul rata.
  5. Masukkan mihun yang dicelur tadi dan daun ketumbar. Gaul sebati.