Resipi

Kerabu Mangga Bersantan

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 4 biji mangga muda
  • 1 batang timun(Dibuang tengahnya)
  • 1 batang lobak merah
  • 2 labu bawang besar
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji cili hijau

Bahan B

  • 1 ekor ikan bakar
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh gula
  • 3 biji limau nipis (Diambil jusnya)
  • 2 sudu makan lada hitam(Ditumbuk halus)

Cara Memasak

  1. Sagat secara memanjang atau hiris halus semua bahan A.
  2. Ambil isi ikan yang sudah dibakar.Hancurkan.
  3. Gaulkan semua bahan B sehingga sebati.
  4. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan tuangkan bancuhan bahan B. Gaul rata.
  5. Rasakan masam dan manisnya.
  6. Sedia dihidangkan.