Resipi

Kerabu Mangga

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 2 biji mangga muda
  • 1 cawan ikan bilis
  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 3 batang serai(Dicencang halus)
  • 2 labu bawang besar(Dimayang)
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 3 sudu makan perahan limau kesturi
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • 2 cawan minyak masak

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat dan tuskan.
  2. Kupas kulit mangga dan sagat kasar.
  3. Buangkan biji tengah timun dan sagat kasar juga.
  4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.
  5. Taburkan ikan bilis goreng semasa menghidang.