Resipi

Kerabu Kacang Kelisa

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 300 g kacang kelisa
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 labu bawang besar
  • 2 sudu makan udang kering
  • 4 biji cili merah
  • 1 sudu teh belacan
  • 2 sudu makan jus limau kesturi
  • ½ sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Hiris halus kacang kelisa.
  2. Gorengkan kelapa parut tanpa minyak sehingga kekuningan.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Gaul sebati.
  4. Sedia dihidangkan