Resipi

Kerabu Kacang Botor Tauge

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 10 batang kacang botor
  • 1 mangkuk tauge (Dibersihkan)
  • ½ cawan santan
  • 2 sudu makan kerisik
  • 5 biji limau kesturi (Diambil jusnya)
  • 1 labu bawang besar (Dimayang)
  • ½ sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Bahan B (dikisar)

  • 3 biji cili merah
  • 3 biji cili api
  • ½ sudu teh belacan
  • 2 sudu besar udang kering

Cara Memasak

  1. Hiris nipis kacang botor dan basuh. Tuskan.
  2. Masukkan santan, kerisik, jus limau kesturi, gula, garam, dan bahan B ke dalam mangkuk. Gaulkan sebati.
  3. Masukkan kacang botor, tauge dan bawang besar ke dalam bancuhan santan.
  4. Gaul rata dan sedia dihidangkan.