Resipi ( 401 )

Kerabu Daun Selom

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 ikat daun selom
  • 4 biji cili merah
  • 3 biji cili api
  • 1 inci belacan(Sekiranya suka)
  • 2 sudu makan udang kering
  • ½ cawan kelapa parut
  • 3 biji limau kesturi (Diambil jusnya)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Bersihkan daun selom dan hiris halus.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
  3. Masukkan kelapa parut, jus limau dan garam. Kemudian kacau rata dan tutupkan api.
  4. Masukkan daun selom dan bawang. Kemudian kacau rata.
  5. Sedia dihidangkan.