Resipi

Kerabu Ayam

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 keping dada ayam (Dibuang kulit)
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 1 kuntum bunga kantan(Dibelah 2 dan dihiris)
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji tomato
  • 5 biji cili api
  • 2 biji cili hijau
  • 2 sudu makan sos cili thai
  • 2 biji limau kesturi (Diambil jusnya)
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan kuali dan bakar ayam sehingga masak.
  3. Angkat ayam kemudian hiriskan nipis. Ketepikan.
  4. Gaulkan hirisan bunga kantan dengan bahan yang dihiris, sos cili thai, dan jus limau di dalam mangkuk besar.
  5. Masukkan hirisan ayam dan gaul rata lagi.