Resipi

Kepak Ayam Madu

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 5 bahagian kepak ayam
  • 2 inci halia
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan madu
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Bersihkan kepak ayam dan basuh kemudian tuskan.
  2. Gaulkan kepak ayam dengan semua bahan dan perapkan selama satu jam.
  3. Bakar di atas pemanggangsehingga nampak garing.
  4. Sapukan sedikit minyak kemudian bakar lagi sebentar.
  5. Hidangkan dengan salad.