Resipi ( 401 )

Kek Pisang

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 60 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 3 biji pisang
  • 180 g mentega
  • 160 g gula perang
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen pisang
  • ½ cawan susu segar
  • 1 biji pisang (bahan hiasan)

Bahan B (Diayak)

  • 250 g tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Cara Memasak

  1. Lenyek pisang sehingga hancur. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula perang sehingga gebu dan ringan.
  3. Masukkan telur satu per satu dan esen pisang. Kacau supaya sebati.
  4. Masukkan susu segar dan kacau lagi.
  5. Masukkan pula pisang berselang-seli dengan semua bahan B. Kacau rata lagi.
  6. Masukkan ke dalam loyang yang sudah dilapikkan kertas.
  7. Hiris bulat 1 biji pisang. Hiaskan adunan dengan hirisan pisang.
  8. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180°C api bawah sahaja selama 1 jam.
  9. Sejukkan dan sedia dihidangkan.