Resipi

Kek Mocha Kukus

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 60 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 250 g mentega
  • 100 g serbuk koko
  • 180 g gula perang
  • 250 ml susu cair
  • 1 sudu makan Nescafe
  • 120 g susu pekat

Bahan B

  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan C (Diayak)

  • 220 g tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh soda bikarbonat

Bahan D (Krim Coklat)

  • 1 cawan susu pekat
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 3 sudu makan mentega

Cara Memasak

  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
  2. Campurkan semua bahan A di dalam periuk. Kacau sehingga cair dan semuanya sebati di atas api yang sederhana. Biarkan sejuk.
  3. Pukul semua bahan B sehingga kembang. Masukkan ke dalam adunan bahan A.
  4. Masukkan semua bahan C sedikit demi sedikit dan digaul sehingga sebati.
  5. Panaskan air di dalam periuk kukusan dengan api sederhana.
  6. Tuang adunan di dalam loyang. Tutup permukaan loyang dengan plastik ataupun aluminium foil.
  7. Kukus selama 1 jam ataupun sehingga masak.
  8. Cairkan semua bahan D secara double boiler.
  9. Sejukkan kek dan hiaskan dengan krim coklat.