Resipi

Kek Keju Oreo

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan A (Dasar)

  • 300 g biskut Oreo tanpa krim
  • 3 sudu makan mentega cair

Bahan B (Keju)

  • 500 g krim keju
  • 100 g gula kastor
  • 200 ml whipping cream
  • 1 sudu makan jus lemon
  • 40 keping biskut Oreo (dipatah 4)

Cara Memasak

  1. Biskut Oreo tanpa krim dihancurkan. Gaul dengan mentega cair.
  2. Masukkan ke dalam loyang springform 8 inci dan tekan padat. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
  3. Pukul krim keju dan gula kastor sehingga gebu.
  4. Masukkan whipping cream dan jus lemon. Pukul sebati.
  5. Masukkan sebahagian besar biskut Oreo. Gaul rata dengan senduk kayu.
  6. Tuangkan ke dalam loyang berisi biskut tadi. Hiaskan dengan baki biskut Oreo.
  7. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 6-8 jam.
  8. Keluarkan dari peti sejuk dan longgarkan loyang. Hidangkan.